Gallery

..Pindah Rumah..

Blog ini telah berpindah ke http://aimanhakimdiary.blogspot.com Sila link ke blog baru ni ye..terima kasih.. 😀 -Mama Aiman- Advertisements

Gallery

123.. ABC Song..

This gallery contains 5 photos.

Satu..satu..Aiman sayang Allah.. Dua..dua..sayang Rasulullah..  Tiga..tiga sayang Mama Abah.. Satu dua tiga sayang semuanya.. ini adalah lagu kegemaran Aiman..kalo Mama nyanyikan utk Aiman, Aiman pun akan nyanyi sama..bukan semua lagu Aiman akan nyanyi..mungkin sebab2nya 1) ini lagu pertama yg Mama … Continue reading

Gallery

Hari ini dalam sejarah..

This gallery contains 13 photos.

Oh, hari ni dah Isnin.setiap isnin Mama akan dapat newsletter dari babycenter. Tapi nampaknye die terlewat seminggu la. Aiman dah nak masuk 3rd week skrg.. Sekarang ni, bila mama letakkan Aiman depan cermin, Aiman akan tgk betul2 cermin tu dan … Continue reading

Ahlan Wasahlan, Permata Hati..II

My dear Aiman,

Mama masih ingat lagi bau Aiman waktu berusia beberapa hari dulu..sgt wangi..Mama rindu bau tu..bau baby yg fresh lagi..walaupun sekarang Aiman sekarang masih baby lagi, tapi bau ‘itu’ tetap tersemat dalam ingatan mama..Mama dah pesankan pada semua; jgn pakaikan Aiman bedak lagi, takperlu mandikan Aiman dgn baby bath lagi. lagipun biarla kelembapan yg ada pada kulitmu itu(sejak dari dalam kandungan) hilang sendiri, bukannya disebabkan sabun2 itu..

Selepas Mama dibenarkan keluar dari wad pada hari kedua, Mama sgt gembira dapat pulang ke rumah. Hati Mama sgt berbunga2 riang. Waktu maghrib kita keluar dari wad. kenapa lewat?menyelesaikan segala urusan keluar wad dan menunggu Dr Fatimah utk cek jahitan pada perut Mama ni.Mama masih ingat lagi Abah drive kereta dgn sgt cermat sekali sepanjang jalan Mama pegang erat Aiman jgn lgsung rasa hentakan.Sampai saje di rumah, terpandang baby cot Aiman di ruang tamu tgh hati Mama berdebar2. Akan Mama jaga anak Mama ni sebaik mungkin yg mama mampu.

Atuk dan Opah pulang ke Taiping, berganti dgn Tokwan dan Tok.Perkara yg ditunggu2; alhamdulillah berkat petua kobis, susu buat Aiman keluar dgn banyak.namun sekali lagi Mama ditimpa ujian. Hati Mama sgt sedih utk meninggalkan Aiman sebab Mama admit wad semula disebabkan hematoma. kesian Abah, sekali lagi menemani Mama di wad. kesian juga pada Aiman dan Tuk yg menjaga Aiman di rumah. Sebelum ni tak terasa sakitnya, kali ni memang sgt2 sakit di tempat infection tu. bersabarrr. kedtgan Aiman setiap petang sgt2 Mama tunggu.

Seminggu; bersama Tok di paed clinic

Sian Aiman..Mama ada di tepi

Pam yg berjasa sementara menunggu Aiman dtg di ptg hari

Aiman dtg melawat mama, posing atas mama ye

Terubat rindu Mama

Cukup 3 hari admitted, mama memohon utk pulang ke Taiping dgn membawa surat rujukan Dr. Walaupun takperlu lagi antibiotik drip yg sgt pedih tu,diganti dgn kapsul,alhamdulillah di Taiping, hematoma semakin pulih. best pantang di Taiping, Opah ade, Tok ade, Tok rajin dtg melawat Mama. Aiman pun nampaknya semakin selesa di sana. Kesian pulak pada Abah yg terpaksa berjauhan dgn kita.

Abah mengubat rindu

Baik je Aiman ye..Semoga menjadi anak yg baik sayang!

Aiman gamba fresh pagi tadi..hepi!

Aiman hepi hari ni disebabkan kelahiran kawan aiman yg baru! Aunty Riza dah selamat melahirkan baby boy di Hospital Putrajaya siang tadi. Nanti kita g melawat ye sayang! Ahlan wasahlan kepada baby Aunty Riza!

Ahlan wasahlan..Permata Hati..

Muhammad Aiman Hakim, kelahiranmu dinantikan..

Mesti Aiman nak tau kan kronologi kelahiran Aiman kan? Alhamdulillah, sepanjang kehamilan Mama selama 38 minggu Mama belum pernah mengalami alahan yg teruk dan juga sebarang kepayahan. Setakat alahan biasa utk 2bulan lebih tu biasala kan. Walaupunbegitu, Mama pun takterlepas dari ujian Allah sewaktu melahirkan Aiman. Yang paling penting, Aiman selamat dilahirkan pada hari Sabtu, 24 April 2010 jam 5.32petang melalui pembedahan. (Sama birthday dgn Paklang). Semuanya berlaku dalam sekelip mata; di dlm bilik pembedahan dalam masa 15minit (termasuk bius ) Mama dapat melihat anak lelaki Mama diangkat oleh Dr Fatimah dan ditunjukkan kepada Mama. Alhamdulillah, alhamdulillah syukur Ya Allah. Tak tergambar perasaan Mama masa tu kecuali syukur kepada Allah. Kesian pada Abah yg beria2 nak menemani Mama dalam OT, taktertunai disebabkan pembedahan ni dipanggil emergency ceaser, suami tidak dibenarkan masuk kerana Dr ingin mengurangkan sebarang risiko. Yeke? rasanya kalau emergency ceaser pun kalau suami di sisi semakin bersemangat agaknye..

Let the pics tells everything..

Dgn perasaan berdebar2..thanks dear hubby 4 everything..

sejurus selepas dibersihkan

Details

Selamat melihat dunia sayang

Kasih Abah membawa ke syurga

Saat membahagiakan

Tido je sayang ni susah nak buka mata

 

Atuk dan Opah

Ahlan wasahlan anakku..selamat menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

Doa menyambut kelahiran bayi:

untuk keluarga:

barokallahu lakuma fil-mauhubah wasyakartuma al-Wahib wabalagha asyuddaha waruziqtuma birroha..

“Semoga keberkahan terlimpahkan kepada kalian berdua (keluarga/orang tua) atas kelahiran ini.  Bertambah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Bisa melihatnya hingga dewasa. Dan dikurniai kebaikan-kebaikannya serta keberbaktiannya.”

untuk anak:

nu`idzuka bikalimatillah at-tammah min kulli syaithonin wahammah wamin kulli`ainin lammah..”

“Aku memohonkan perlindungan atasnya dengan Kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala godaan syaitan dan binatang buas, serta dari pandangan mata orang yang dengki”

Amin Ya Rabbal Alamin..

Gallery

7 bulan 16 hari

This gallery contains 3 photos.

My dear Aiman, Mama sgt hepi semalam..kenapa? Sebab Mama dapat detect satu lagi perkembangan Aiman yg sgt membahagiakan Mama 😀 Seperti biasa, Mama akan bukakan video kegemaran Aiman, lagu I Know Islam di komputer sementara Mama lari ke dapur utk … Continue reading

Hi Semua!

Hi Semua!!

Salam semua.Saya Muhammad Aiman Hakim bin Mohd Qusyairi. Saya dilahirkan pada 24 April 2010, pada hari Sabtu, di Hospital Pakar Annur Bandar Baru Bangi. Buat masa ini, mama saya yg akan menjadi PA saya dan mencatatkan semuanya di blog ni. Mama saya pesan, bile besar nanti, Aiman bacela blog ni dan ingati semua kenangan2 indah kita sekeluarga. Mama juga pesan pada saya setiap hari supaya menjadi anak yg soleh dan sentiasa ingat tanggungjawab pada Allah dan keluarga. Insyaallah.